<body>

Happy Birthday 2 Me


Saturday, October 8, 2011



LELAKI vs WANITA


aku ase citer ni daa ramai yg tau.. aku juz copy blk artikel ni dr blog lama aku... sila² lah meluangkan diri baca post ni~

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


þö†-þê† þåÐå ◕‿◕ 1:19 AM. =þ



whenever i see the clock,

i remember you,

no one in the world,

could ever replace you,

only you in my heart,

loving you forever. . .



Real name: иυя нι∂αуαн
Nickname: cιĸ αууιє @ αууιє @ miss what~so~ever
Age: Sweet 20
Bezday: 28 ṃαɾсh
Study: Now in Nilai,N9 , duin' my DIP. IN Physiotherapy
Live: Somewhere in da earth
Status: In Love with My Family only for now ❤❤❤

p/s: Luv ur LiFe FirSt b4 u WanNa LuV SomEonE ElsE. SmiLe LikE TherE's NO mOrE sMiLe 4 U ◕‿◕


RUBBISH


TuneList - Make your site Live



SOSEH-SOSEH
QUOTE OF THE DAY
*click click*

#1
#2
#3
#4

VISITS & FOLLOW
Your Home
My Home
Pena Yang Menulis

Facebook
Twitter
InstagramInstagram
Wechat - ayyie_daevil93

my frenz:
Siti Aishah
Husna Asmi
NSA
ENTRY BASI
October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 June 2012 July 2012 August 2012 September 2012 October 2012 November 2012 January 2013 February 2013 March 2013 September 2013 October 2013 November 2013 December 2013 February 2014 March 2014 April 2014 June 2014 October 2014 November 2014 December 2014 March 2016

WISHLISTS
I Want Everything
LOVE ♥
Married wif My Mr Perfect Guy
Meet My Prince
Newlife
My Destiny
Jadi Ahli Fisioterapi
Bukak Klinik
NAk Jadi CIKGU


Credits
sesape je la