Syukur Alhamdulillah atas segalanya.. sangat b'syukur bila everything has come back to normal.hari ni sangat gembira tak terkata lagi² pas jumpa ngan mr FR yg sangat aku rindu tu. mungkin atas berkat doa dan kecekalan hati aku bersabar dalam mengharungi ujian ni, akhirnya ingatan mr FR kembali pulih.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH. TERIMA KASIH YA ALLAH :')
sepanjang malam aku menangis tiap kali dengar suara dan pertanyaan dia yg macam budak² tu. nak tergelak pun ada tapi lebih kepada sebak tapi aku tetap melayan dia sambil tersenyum paksa. pg tadi, abah bawak dia pegi hospital, nak buat check up pasal otak dia. takut ada pape ke. doc ckp amik masa mungkin dlm sebulan-2 nak pulihkan memori dia yang hilang sebab hentakan masa accident tu. sedih aku dengar bila mr FR kata abah selalu menangis bila tengok keadaan dia yg mcm budak² tu. pas balik dari check up kat hospital, mr FR call aku cakap dia nak dtg
Nilai. aku pun, "
hah? what? awak dah ok ke? awak ingat jln ke?". dia kata dia ingat n b'keras nak mai
Nilai jugak. katanya dia rindu sangat kat aku padahal aku punye la risau tahap nak giler bila ingat kan keadaan dia. takut dia sesat ke ape. then dia cakap dia ok n everything, aku pun ok jelah walaupun risau.
ari ni aku exam jadi tghari sampai malam memang aku free la. abih exam kul 11. aku beli makanan, balik hostel, makan, then tido. then dlm kul 1 lebih dia call cakap dah sampai Nilai tapi dia lupa simpang mana. aku bagila dia direction. aku dah start risau dah takut dia sesat. 15min kemudian dia call balik cakap dia dah sampai kat depan pagar hostel. aku terkejut gak dia still ingat jln nak ke hostel aku. then masa keluar dari hostel, dia call tanya aku kat mana pada hal aku yg tgh berjalan gi ke kereta dia.
Mr FR: mana awak?
AKU: sy yg tgh berjalan ni lah
Mr FR: mana? sy x nampak pun awak. sy nampak ade pompuan dtg ke kete sy
AKU: sy la tu. ada pompuan lain kat sini ke awk?
dlm ati aku dah, "
Ya ALLAH, dia tak cam aku!". masuk je dlm kereta, lama dia tenung aku then baru dia cakap, "
awk yg dlm gambar tu kan? awak hidayah kan?". Ya Allah nak gugur jantung aku time tu bila dia ckp cam tu tapi aku senyum n angguk je sambil tahan air mata aku. masa sepanjang dlm kereta tu, aku buat la semua benda yg aku salu buat dgn harapan dpt buat dia ingat balik apa yg dia lupa.
aku main jari² dia, usap rambut dia, tarik hidung dia, gigit bahu dia, geletek pinggang dia n mcm² lagi benda yg aku slalu usik dia time dlm kereta. masa time part aku tenung dia, dia tanya aku "
knape awk tenung sy?" aku ckp, "
sy memang suka tenung awakla", sambil senyum. dia memang tak ingat yg aku memang slalu tenung dia n then dia akan pandang n ckp "
I ♥ u sayang".
tadi dia bawak aku gi Kelana Jaya, gi kolej dia sebab katanya ada hal. ada lecturer call kata nak jumpa dia. masa otw tu, lalu kat satu kawasan ni. mcm familiar kot dgn dia. mungkin kuasa ALLAH, ingatan dia tiba² dah ok. terkejut aku bila tiba² dia ckp "
eh, ni signboard iklan Taylor University. depan tu nanti ada signboard kolej lain. sana segi college (sambil menunjuk kat kolej tu). ala sy salah jln lagi lah. patutnya ikut jln sebelah yg lalu kat kompleks Tabung Haji. sy ni asik salah jln je". aku terpinga² tgk dia. dia ni betul ke idak ni? then terus aku tanya dia mcm², dia ingat aku tak, ingat ifat tak, ingat wan amir tak, ingat mok, mon, shida lalola, semua orang yg dia kenal semua aku sebut termasuk lah parent dia. dia kata dia da ingat semua orang² tu. aku terlalu happy sampai menangis. aku tak tunjuk kat dia. aku pandang luar tingkap tapi dia tau jugak but mcm biasa, aku tetap nafikan walaupun dia dah tau. masa tu memang the best feeling ever la katakan. gembira sangat bila dia dah back to whom I always knew.
a few things yg dia cakap masa tgh lost memory yg buatkan aku nak tergelak bila ingat balik......
1. situasi: masa ni ada lori slow kat dpn. Mr. FR follow blakang lori tu.
AKU: awak, knape follow blakang lori ni? lori ni slow la. slalu awk potong kalo ade kereta ke lori ke yg slow camni.
Mr. FR: awak, slow tu ape?
AKU: =,=" slow tu maksudnye perlahan
2. situasi: dlm mesej
Mr. FR: awak, dear tu ape? dear tu sama mcm deer ye?
AKU: =,=" bukan syg. dear tu mksdnye syg. deer tu mksudnye rusa.
3. situasi: Mr. FR ni amik jurusan kulinari. so, mmg keje dia la masak memasak tu.
Mr FR: awak, pg tadi sy bunuh ikan. mama suruh.
AKU: (tergelak). x la awk. bukan bunuh ikan. masak ikan la awak.
4. situasi: kat highway. dari lane kanan, Mr. FR drive masuk ke lane tgh.
Mr. FR: awak, kereta ni laju² kenape? takut la. dorang nak berlumba ngan sape?
AKU: laa... lane kanan tu memang tuk kreta yg bawak laju. yg lane tgh utk yg bawak sederhana laju. yg kiri tuk yg bawak slow.
Mr. FR: tapi nape yg tgh ni pun bawak laju?
AKU: =,=" (no komen)
5. situasi: nak beli burger
Mr. FR: abang, sy nak roti yg ada daging kat tengah² tu 1
Abg Burger: =,="
AKU: tu namanye burger la awak
6. situasi: tido
AKU: awak, semalam awk tido pukul brape?
Mr. FR: sy tido pukul 8 separuh.
AKU: huh? 8 separuh? 8.30 ke?
Mr. FR: bukanlah (sambil membantah). 8 separuh la. yg no lepas 2 tu.
AKU: ohhhhh... pukul 3.. -_-"
*
entry kali ni agak panjang macam karangan sebab aku memang tgh blajar mengarang balik pun (utk exam walaupun exam aku dlm BI) :p
*
kisah aku ni aku ase lebih kurang cam citer THE VOW n now I know how the feeling when someone we love forget about us.... =]
þö†-þê† þåÐå ◕‿◕
11:18 PM. =þ